SIAPA YANG LAYAK MENDAFTAR SEBAGAI PENGGUNA SISTEM KLIS?

Pengguna Sistem KLIS mestilah terdiri dari mereka yang terlibat di dalam proses permohonan kelulusan jenis kediaman kecil sahaja. Antara pengguna tersebut ialah PSP/SP, pemilik tanah dan pegawai jabatan teknikal DBKL yang berkaitan.

a. Principal Submitting Person/Submitting Person (PSP/SP)

PSP/SP adalah arkitek profesional, jurutera atau pelukis bangunan yang mengemukakan pelan bangunan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), untuk kelulusan. Dia mesti didaftarkan di bawah undang-undang yang berkaitan dengan pendaftarannya, misalnya Akta Arkitek 1967, Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Disemak 1974) atau Akta Perancang Bandar 1995 (538). Tanggungjawab PSP termasuk mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan PBT, menyelia pembinaan dan penyiapan bangunan sesuai dengan pelan yang telah diluluskan dan keperluan ketentuan Akta atau undang-undang kecil, memastikan semua syarat teknikal yang dikenakan oleh PBT telah mematuhi dengan sewajarnya dan memastikan bangunan itu selamat serta sesuai untuk diduduki.

b. Pemilik Tanah

Pemilik tanah merupakan orang yang memiliki tanah secara rasmi untuk pembagunan di mana namanya sama seperti yang di tulis di dalam geran atau dokumen hak milik tanah mengikut akta Kanun Tanah Negara (KTN 1965)

v
DAFTAR
Cancel