Projek Skala Kecil Kediaman merupakan suatu sistem permohonan kelulusan Perintah Pembangunan, Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan secara atas talian yang mefokuskan kepada permohonan berskala kecil ( kediaman) sahaja. Sistem ini hanya melibatkan jenis permohonan berkod A07, A12, B1, B2, A15, A21, A24, PSKPB dan LKT sahaja.
Ia juga menambahbaik prosedur pengurusan permohonan sedia ada yang membenarkan pihak PSP mengemukakan permohonan secara atas talian tanpa had masa atas keselesaan pemohon. Sistem atas talian ini merangkumi pengemukaan dan pendaftaran permohonan, pemprosesan, bayaran dan kelulusan permohonan sehingga kepada proses pendepositan CCC.
Pihak DBKL sentiasa komited mereformasikan pengurusan permohonan supaya menjadi lebih mesra dan mudah kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan seterusnya menjadikan DBKL sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terbaik di Malaysia. Dengan pelaksanaan kaedah ini, interaksi bersemuka dapat dikurangkan seterusnya integriti dan produktiviti dapat dipertingkatkan.