Kuala Lumpur Integrated Submisiion (KLIS)
merupakan suatu sistem permohonan kelulusan Perintah Pembangunan, Pelan
Bangunan dan Pelan Kejuruteraan secara atas talian yang mefokuskan kepada permohonan
berskala kecil ( kediaman) sahaja. Sistem ini hanya melibatkan jenis
permohonan berkod A07, A12 dan B1 sahaja.
Pihak DBKL sentiasa komited
mereformasikan pengurusan permohonan supaya menjadi lebih mesra dan mudah
kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan seterusnya menjadikan DBKL sebuah
Pihak Berkuasa Tempatan yang terbaik di Malaysia. Dengan pelaksanaan kaedah
ini, interaksi bersemuka dapat dikurangkan seterusnya integriti dan
produktiviti dapat dipertingkatkan