Jata Negara Logo KLIS Logo DBKL

OSC 3Plus Online

Projek Skala Kecil Kediaman

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Pengguna Baru


Panduan ini disediakan kepada pengguna untuk menjelaskan cara mendaftar sebagai pengguna. Pengguna Sistem mestilah terdiri dari mereka yang terlibat di dalam proses permohonan kelulusan permohonan jenis kediaman kecil sahaja. Antara pengguna tersebut ialah PSP/SP, pemilik tanah dan pegawai jabatan teknikal DBKL yang berkaitan. Pengguna boleh merujuk Panduan Mendaftar Pengguna Baru untuk mengetahui cara pendaftaran pengguna baru ke sistem ini.

PERMOHONAN


Kriteria Permohonan

Permohonan yang layak dikemukakan melalui Sistem ini berdasarkan kepada beberapa kriteria tertentu yang telah ditetapkan...seterusnya

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan Sistem ini melibatkan lapan (8) peringkat pemprosesan bermula dari pendaftaran pengguna sehingga pendepositan CCC...seterusnya

Jenis Permohonan

Jenis permohonan yang dipertimbangkan melalui sistem ini ini ialah A07 (Membina Baru), A12 (Meroboh dan Membina Semula), B1 (Tambahan dan Perubahan)...seterusnya

Garis Panduan

[Klik Di Sini]

Soalan Lazim

[Klik Di Sini]

Apa itu Sistem OSC 3Plus Online - Skala Kecil Kediaman?


Sistem OSC 3Plus Online - Skala Kecil Kediaman merupakan suatu sistem permohonan kelulusan Perintah Pembangunan, Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan secara atas talian yang mefokuskan kepada permohonan berskala kecil ( kediaman) sahaja. Sistem ini hanya melibatkan jenis permohonan berkod A07, A12 dan B1 sahaja.

Sistem OSC 3Plus Online - Skala Kecil Kediaman juga menambahbaik prosedur pengurusan permohonan sedia ada yang membenarkan pihak PSP mengemukakan permohonan secara atas talian tanpa had masa atas keselesaan pemohon. Sistem atas talian ini merangkumi pengemukaan dan pendaftaran permohonan, pemprosesan, bayaran dan kelulusan permohonan sehingga kepada proses pendepositan CCC.

Pihak DBKL sentiasa komited mereformasikan pengurusan permohonan supaya menjadi lebih mesra dan mudah kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan seterusnya menjadikan DBKL sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terbaik di Malaysia. Dengan pelaksanaan kaedah ini, interaksi bersemuka dapat dikurangkan seterusnya integriti dan produktiviti dapat dipertingkatkan.