JENIS PERMOHONAN

Jenis permohonan yang dipertimbangkan melalui Sistem KLIS ini ialah A07 (Membina Baru),

A12 (Meroboh dan Membina Semula) dan B1 (Tambahan dan Perubahan) seperti jadual di bawah:

 

 

KOD PERMOHONAN :

A07

JENIS PERMOHONAN :

MEMBINA BARU

PERKARA

KELULUSAN YANG DIPERLUKAN

Membangunkan sebuah rumah kediaman di atas satu lot tanah.

·       Kebenaran Merancang

·       Kelulusan Pelan Bangunan

·       Kelulusan Pelan Kejuruteraan

o    Kerja tanah/Pengecualian Kerja Tanah

o    Jalan & Perparitan

o    SPAH

 

 

 

KOD PERMOHONAN :

A12

JENIS PERMOHONAN :

MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA

PERKARA

KELULUSAN YANG DIPERLUKAN

A.     Meroboh sepenuhnya struktur binaan sedia ada dan membina semula sebuah rumah kediaman baru di atas satu lot tanah.

B.     Kerja meroboh bumbung asal dan menambah tingkat berserta bumbung baru.

C.     Kerja meroboh sebahagian bangunan (bumbung, dinding dan lantai) melebihi 50% daripada keseluruhan bangunan sedia ada.

D.     Semua permohonan yang melibatkan tembok penahan.

·       Kelulusan Pelan Bangunan

·       Kelulusan Pelan Kejuruteraan

o   Kerja tanah/Pengecualian Kerja Tanah

o   Jalan & Perparitan

o   SPAH

 

 

 

 

 

KOD PERMOHONAN :

B1 & A15

JENIS PERMOHONAN :

TAMBAHAN DAN PERUBAHAN (MELIBATKAN KERJA TANAH)

PERKARA

KELULUSAN YANG DIPERLUKAN

Tambahan dan perubahan kepada sebuah rumah kediaman sedia ada:-

A.     Tambahan dan Perubahan / meroboh kurang dari 50% struktur asal

B.     Melibatkan kerja korekan kurang 3 meter dalam dan jarak kolam melebihi 3 meter diukur dari garis sempadan (Pengecualian Kerja Tanah)

C.     Melibatkan kerja korekan melebihi 3 meter dalam dan jarak kolam kurang 3 meter diukur dari garis sempadan (Kelulusan Kerja Tanah)

 

***Tertakluk ulasan Jabatan Perancangan Infrastruktur

 

·       Kelulusan pelan bangunan /

Kelulusan pindaan pelan bangunan 

·       Kelulusan pelan kejuruteraan

o   Kerja tanah/Pengecualian Kerja Tanah

 

 

 

 

KOD PERMOHONAN :

B1

 

JENIS PERMOHONAN :

TAMBAHAN DAN PERUBAHAN

 

PERKARA

KELULUSAN YANG DIPERLUKAN

 

Tambahan dan perubahan kepada sebuah rumah kediaman sedia ada melibatkan :-

A.     Tambahan luas lantai baru melebihi 100 meter persegi

B.     Melibatkan bumbung atau dinding atau lantai sahaja melebihi 50% luas elemen yang berkaitan.

(Disertakan Pengesahan Asas Tapak.)

 

·       Kelulusan Pelan Bangunan /

Kelulusan Pindaan Pelan Bangunan

 

 

KOD PERMOHONAN :

B2

 

JENIS PERMOHONAN :

TAMBAHAN DAN PERUBAHAN

 

PERKARA

KELULUSAN YANG DIPERLUKAN

 

Tambahan dan perubahan kepada sebuah rumah kediaman sedia ada melibatkan :-

A.     Tambahan luas lantai baru kurang 100 meter persegi

B.     Melibatkan bumbung atau dinding atau lantai sahaja melebihi 50% luas elemen yang berkaitan.

(Disertakan Pengesahan Asas Tapak.)

 

·       Kelulusan Pelan Bangunan /

Kelulusan Pindaan Pelan Bangunan