SOALAN LAZIM

1. Apakah itu Skala Kecil Kediaman?

Sistem Skala Kecil Kediaman adalah sebuah sistem elektronik untuk membuat penyerahan pemohonan dan memproses permohonan secara dalam talian (online) bagi permohonan berskala kecil kediaman di Kuala Lumpur. Ianya juga merupakan suatu platform elektronik bercirikan tanpa kertas (paperless) untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi secara dua hala untuk sebarang maklumat berhubung permohonan yang dikemukakan.

2. Siapakah pemohon yang dimaksudkan dalam sistem ini?

Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada DBKL sebagaimana ditakrifkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Pindaan) 2007 (Akta A1286) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan) 2007, di antaranya termasuk arkitek, jurutera, perancang, juruukur tanah dan pelukis pelan bangunan. Pemohon ini dikenali sebagai PSP/ SP.

3. Siapakah Pengguna-Pengguna untuk sistem ini?

Pengguna sistem ini adalah terdiri daripada:

i. PSP/ SP

ii. Pemilik Tanah

iii. Urusetia OSC, DBKL

iv. Jabatan teknikal DBKL iaitu Jabatan Perancangan Bandaraya, (JPRB) Jabatan Perancangan Infrastruktur (JPIF) dan Jabatan Kawalan Bangunan (JKB)

v. Jabatan Kewangan DBKL

vi. Pentadbir Sistem, Unit OSC dan Unit SKP, JPRB

4. Perlukah pemohon mendaftar sebagai pengguna sistem ini?

Ya. Pemohon (PSP/SP) perlu mendaftar sebagai pengguna sistem ini terlebih dahulu bagi membolehkan permohonan dikemukakan. Pemohon akan menerima kata laluan dan password yang membolehkan pemohon berurusan secara online dengan DBKL

5. Adakah hardcopy masih diperlukan setelah permohonan dikemukakan melalui sistem ini?

Hardcopy tidak lagi diperlukan. Walau bagaimanapun, hanya pelan linen masih perlu dikemukakan di Jabatan Kawalan Bangunan ketika permohonan untuk notifikasi mula kerja (Borang B)

6. Apakah format dokumen softcopy yang diperlukan dan berapakah saiz dokumen yang optimum untuk sistem ini?

Semua softcopy adalah dalam format PDF sahaja. Setiap dokumen hendaklah bersaiz kurang 10Mb, saiz yang melebihi 10Mb boleh mengakibatkan tempoh "uploading time" dokumen ke dalam sistem agak lama.

7. Mengapa perlu dalam format PDF?

i. Menjamin keselamatan dokumen permohonan yang dikemukakan menerusi sistem ini dari aspek dokumen dan pelan daripada diubah atau disunting (edit) oleh mana-mana pihak

ii. Untuk kegunaan tandatangan digital, yang mana tandatangan digital hanya boleh diperakukan ke atas dokumen pdf sahaja.

8. Bagaimana pembayaran melalui sistem ini?

Pembayaran permohonan kesemuanya dilakukan menerusi sistem ini secara online samada melalui kad kredit, kad debit mahupun akaun bank. Sekiranya melibatkan pemulangan deposit, iaitu bagi permohonan yang keputusan TOLAK, pemulangan juga akan dibuat secara online ke dalam akaun bank pemohon.

9. Adakah satu kewajipan bagi PSP/SP dan Pemilik untuk memiliki tandatangan digital?

PSP/SP dan Pemilik adalah diwajibkan untuk mempunyai tandatangan digital bagi membolehkan penerimaan permohonan dalam sistem ini.

10. Bagaimana kaedah untuk PSP/SP dan Pemilik mendapatkan tandatangan digital ini?

PSP/SP boleh mengemukakan permohonan melalui sistem ini, yang mana sistem akan menyambung ke pautan Portal MSC Trustgate https://www.msctrustgate.com , pilih menu PURCHASE dan BUY / RENEW CERTIFICATE pilih DBKL-KLIS. PSP/SP akan menerima sijil digital dan USB Token. Tempoh penghantaran adalah 3-5 hari. PSP/SP juga boleh menerima sijil digital dan USB Token ini secara terus (tempoh siap 2-3 jam) dengan memohon secara walk-in ke alamat berikut:

MSC Trustgate.com Sdn. Bhd.
Suite 2-9, Blok 4801, Level 2,
CBD Perdana, Jalan Perdana,
63000 Cyberjaya, Selangor

Tel : +603 8318 1800 | +603 8319 1800
Email : helpdesk@msctrustgate.com

11. Adakah pihak DBKL turut menggunakan tandatangan digital ini?

Ya.

12. Berapa lama tempoh untuk PSP/SP menyediakan dokumen permohonan ke dalam sistem ini sebelum button HANTAR untuk mengemukakan permohonan kepada OSC?

14 hari selepas PSP/SP mendaftarkan projek. Selepas 14 hari, sekiranya permohonan tidak dihantar, permohonan dan dokumen tersebut (yang telah di upload) akan dilupuskan dari sistem ini.

15. Apakah keperluan minima?

1. Berdaftar sebagai pengguna Sistem
2. Mempunyai akaun Tanda Tangan Digital (Trusgate)
3. Mempunyai akaun E-mail
4. Mempunyai jaringan Internet Jalur Lebar (minimum 100Mbps)
5. Komputer/Notebook Desktop
6. Browser Internet (Chrome, Internet Explorer Ver 10.0 keatas dan Mozilla)
7. Dokumen permohonan menggunakan format *.pdf