Jata Negara Logo KLIS Logo DBKL

Kuala Lumpur Integrated Submission

Projek Berskala Kecil Kediaman

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Selamat Datang Ke KLIS


 

Pengguna Baru


Panduan ini disediakan kepada pengguna untuk menjelaskan cara mendaftar sebagai pengguna KLIS. Pengguna Sistem KLIS mestilah terdiri dari mereka yang terlibat di dalam proses permohonan kelulusan permohonan jenis kediaman kecil sahaja. Antara pengguna tersebut ialah PSP/SP, pemilik tanah dan pegawai jabatan teknikal DBKL yang berkaitan. Pengguna boleh merujuk Panduan Mendaftar Pengguna Baru untuk mengetahui cara pendaftaran pengguna baru ke sistem ini.

PERMOHONAN


Kriteria Permohonan

Permohonan yang layak dikemukakan melalui Sistem KLIS berdasarkan kepada beberapa kriteria tertentu yang telah ditetapkan...seterusnya

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan Sistem KLIS melibatkan lapan (8) peringkat pemprosesan bermula dari pendaftaran pengguna sehingga pendepositan CCC...seterusnya

Jenis Permohonan

Jenis permohonan yang dipertimbangkan melalui Sistem KLIS ini ialah A07 (Membina Baru), A12 (Meroboh dan Membina Semula) dan B1 (Tambahan dan Perubahan)...seterusnya

Soalan Lazim

[Klik Di Sini]

Apa itu KLIS?


Kuala Lumpur Integrated Submission (KLIS) merupakan suatu sistem permohonan kelulusan Perintah Pembangunan, Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan secara atas talian yang mefokuskan kepada permohonan berskala kecil ( kediaman) sahaja. Sistem ini hanya melibatkan jenis permohonan berkod A07, A12 dan B1 sahaja.

KLIS juga menambahbaik prosedur pengurusan permohonan sedia ada yang membenarkan pihak PSP mengemukakan permohonan secara atas talian tanpa had masa atas keselesaan pemohon. Sistem atas talian ini merangkumi pengemukaan dan pendaftaran permohonan, pemprosesan, bayaran dan kelulusan permohonan sehingga kepada proses pendepositan CCC.

Pihak DBKL sentiasa komited mereformasikan pengurusan permohonan supaya menjadi lebih mesra dan mudah kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan seterusnya menjadikan DBKL sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terbaik di Malaysia. Dengan pelaksanaan kaedah ini, interaksi bersemuka dapat dikurangkan seterusnya integriti dan produktiviti dapat dipertingkatkan.